SHAH ALAM: Tindakan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menaja seramai 30 jemaah orang kurang upaya (OKU) penglihatan, diharapkan menjadi contoh kepada syarikat pengendali umrah dan haji lain untuk berbuat perkara sama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, hal tersebut amat menyentuh hati apabila melihat mereka menunaikan ibadah tawaf dan umrah.
“Tahniah saya ucapkan kepada pihak pengendali jemaah umrah, Andalusia atas keprihatinan tinggi menaja 30 orang jemaah umrah OKU Penglihatan.
“Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah.
“Saya berharap ia akan menjadi contoh kepada syarikat lain pengendali jemaah umrah turut berbuat perkara sama memberikan peluang kepada jemaah OKU lain untuk menunaikan umrah,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial, Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, tular rakaman berdurasi 2 minit 11 saat yang memaparkan sekumpulan jemaah OKU penglihatan sedang menunaikan ibadah umrah.
Video yang dimuat naik di laman sosial milik syarikat pengendali umrah dan haji itu mengundang sebak orang ramai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 28 2024
Tindakan Andalusia Travel & Tours menaja 30 jemaah OKU penglihatan, diharapkan menjadi contoh kepada syarikat pengendali umrah dan haji lain untuk berbuat perkara sama.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
Kisah aplikasi NUSUK dan cerita keajaiban rezeki masuki Raudhah
Peluang memasuki Raudhah adalah dambaan umat Islam dari seluruh dunia dan Editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah tidak terkecuali.
Malaysia, Arab Saudi bincang inisiatif jadikan Malaysia hab transit pilihan jemaah umrah
Mesyuarat itu membincangkan bidang-bidang yang dilihat berpotensi untuk kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi bagi manfaat bersama.
Kraftangan Malaysia promosi pemakaian batik bagi jemaah umrah
MOTAC menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.
Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.
Lapan jemaah Pakistan maut dalam kebakaran hotel di Mekah
Menurut laporan media Pakistan pada Sabtu, mangsa berasal dari wilayah Punjab.
Jemaah umrah terkandas di Mekah, tak mampu bayar bil rawatan
Kamis Ahmad dimasukkan ke hospital pada 13 Mac lalu dan terpaksa ditidurkan selama lapan hari.
Kesemua 63 jemaah umrah Malaysia terkandas di Arab Saudi telah dibawa pulang
Kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi.
Kerajaan tanggung kos bawa pulang 63 jemaah umrah Malaysia terkandas
Kerajaan akan membawa pulang 63 orang jemaah umrah warganegara Malaysia yang terlandas di Arab Saudi sejak Jun lalu, dalam masa terdekat.
Arab Saudi lancar 'Visi Madinah', sedia sambut 30 juta jemaah umrah menjelang 2030
Bukti komitmen Arab Saudi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah umrah di Madinah sebagai destinasi kebudayaan Islam moden.